Untuk cemerlang dalam pelajaran,bukan saja memerlukan ketekunan mengulangkaji malah pengurusan masa yang betul.Pengurusan masa yang baik ialah antara langkah awal boleh dipratikkan bagi mendidik pelajar menjadi lebih berdisiplin ,fokus dan bijak merencana masa depan.
1.BUAT PERENCANAAN- Buatlah perencanaan jadual waktu kerja atau mengulangkaji seharian supaya tidak akan kelam kabut sekali gus merugikan masa sedia ada.
2.PUSATKAN PERHATIAN - Jangan terlalu kecoh melakukan pelbagai hal sekali gus kerana jumlah waktu yang digunakan untuk sesuatu projek tidak penting sebaliknya tahu menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
3.AMBILLAH WAKTU REHAT- Mengulangkaji atau bekerja dalam tempoh lama tanpa rehat bukan penggunaan waktu yang efektif.Tenaga semakin menurun ,kebosanan makin menerjah serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul.
4. JAUHKAN SUASANA BERKECAMUK- Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas berselerak kerana berasa dengan cara ini persoalan penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas.Keadaan berkecamuk seperti ini menganggu tumpuan,meningkatkan ketegangan dan prestasi.
5.JANGAN INGIN MENJADI SERBA SEMPURNA- Memaksa diri untuk menjadi serba sempurna bukan langkah baik kerana ia bukan saja akan menimbulkan ketegangan minda malah menjadikan diri semakin tertekan.Terimalah segala kekurangan dan kelebihan diri seadanya.
6.JANGAN TAKUT MENGATAKAN TIDAK- Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak membantu pencapaian sasaran.
7.JANGAN MENANGGUH KERJA -Penangguhan kerja memungkinkan segala perancangan gagal dilaksanakan tepat pada waktunya menyebabkan anda tertekan
Tag :
TIP PEPERIKSAAN
1 Komentar untuk "PELAJAR HARUS BIJAK URUS MASA"
Betul! Kita selalu salah urus masa. Blog mesti terabai time study haha cuti sem je baru nampak hidup sikit.