KANSER PARU-PARU merupakan kanser paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat kanser di Malaysia 95% daripada penyakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosis dilakukan.90% kanser paru-paru disebabkan rokok.Kejadian kanser paru-paru juga tinggi dikalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok. (Perokok Pasif)
APAKAH KANSER PARU-PARU
Kanser Paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal didalam paru-paru yang tidak boleh dikawal.Sel sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut Tumor.
Jika tumor ini tidak merebak kebahagian badan yang lain ia disebut tumor benigna (bukan Kanser).Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dd yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignant (kanser)
Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa ia boleh menyebabkan kelenjar membengkak.Apabila ia menyusur melalui saluran darah ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati,tulang,otak atau paru-paru yang sebelah.
APAKAH PENYEBAB KANSER PARU-PARU?
Merokok merupakan penyebab utama kanser paru-paru.Asap tembakau mengandungi lebih kurang 4,000 jenis kimia yang berlainan.Sekurang-kurangnya 43 daripada bahan kimia ini diketahui menyebabkan kanser.
Terdapat juga yang meningkat bahawa asap tembakau di persekitaran boleh menyebabkan kejadian kanser paru-paru di kalangan yang tidak merokok (perokok pasif)
Pekerjaan yang mendedahkan pekerja kepada asbestos dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser paru-paru.Lain-lain jenis pekerjaan yang dikaitkan dengan kanser paru-paru meliputi kerja-kerja yang berhubung rapat dengan kerja-kerja memproses keluli,nikel,krom dan gas arang batu.
TANDA-TANDA KANSER PARU-PARU
Gejala ini bergantung kepada saiz dan tempat kanser paru-paru ini itu wujud.Pada peringkat awal kanser paru-paru mungkin tidak mempunyai sebarang gejala dan tumor tersebut mungkin ditemui secara tidak sengaja melalui x-ray.
TANDA-TANDA BIASA IALAH
* Batuk yang berterusan. * Kurang Berat Badan
* Sesak Nafas * sakit Dada
* Kahak Berdarah * Suara Garau
RAWATAN KANSER PARU-PARU
Kanser paru-paru selalunya susah dikesan di peringkat awal.Apabila kanser paru-paru didiagnosa ia sudah diperingkat yang serius dan ini membuat kejayaan rawatan semakin sukar.Hanya lebih kurang 5% pesakit kanser paru-paru dapat hidup dan sembuh selepas diagnos dilakukan.
Kanser paru-paru boleh dirawat melalui tiga kaedah utama,iaitu pembedahan,radio terapi dan kemoterapi.
Jenis rawatan bergantung kepda saiz keadaan perebakan dan histologi (jenis sel) kanser paru-paru tersebut.Kadangkala pesakit memerlukan kombinasi untuk merawat kanser paru-paru.
PENCEGAHAN KANSER PARU-PARU
Ini boleh dilakukan dengan
* tidak merokok-Perokok hendaklah berhenti merokok.
*Orang yang tidak meroko hendaklah menjauhi orang yang merokok.
KESAN-KESAN BERHENTI MEROKOK DAN KANSER PARU-PARU
Langkah pencegahan yang terbaik yang boleh diambil oleh peroko untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru ialah berhenti merokok.Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser.Lebih lama tahun anda berhenti bermakna lebih tnggi pengurangan risiko kanser anda
Sekiranya anda berhenti merokok sekarang,15 tahun kemudia risiko kanser paru-paru anda adalah sama dengan orang yang tidak merokok.
BAGAIMANA CARA BERHENTI MEROKOK
tentu ada ketikanya memikirkan perlunya berhenti merokok.Mungkin anda pernah cuba satu dua kali tetapi tidak berjaya.
Tetapi Jangan putus asa.Memang tidak ada cara yang mudah.Seperti semua benda yang bernilai anda perlu berusaha untuk berjaya.
Tag :
KESIHATAN
