Followers

CARA BERKESAN BERHENTI MEROKOK



Cara yang didapati paling berkesan untuk berhenti merokok adalah dengan berhenti serta-merta dan sepenuhnya.Ini adalah bermakna anda tidak akan merokok langsung selepas membuat keputusan berhenti merokok dan ikhlas .

Untuk menolong anda mengatasi perasaan mahu merokok,Ikutlah nasihat-nasihat berikut:

1.Beritahu keluarga dan kawan-kawan anda keputusan anda untuk berhenti merokok.Dengan sokongan dan galakkan mereka,perkara ini akan menjadi lebih mudah.

2.Buang semua rokok,mancis,pemetik api dan bekas abu rokok

3.Libatkan diri anda dengan hobi atau kegiatan-kegiatan luar seperti berenang,berjalan,jogging dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang anda

4.Minum lebih banyak air dan elakkan minuman arak,kopi dan lain-lain minuman yang boleh memberasangkan anda untuk merokok.

5.Belajar untuk menolak tawaran merokok daripada rakan atau orang lain.Jauhi orang-orang yang merokok

6.Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan

7.Sekiranya anda mengalami perasaan mahu merokok,cuba tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan fikiran atau minum air sejuk atau pergi mandi.Jangan menyerah kepada perasaan dan menghisap rokok semula.

Tag : KESIHATAN
Back To Top