Followers

WAYAR BATERI LONGGAR,PUNCA LAMPU MALAP

      KESIBUKAN tugasan di pejabat sehingga lewat petang menyebabkan semakin ramai pemandu dinegara ini gemar memandu pada waktu malam terutama ketika pulang ke kampung.

     Selain keadaan trafik yang tidak terlalu sesak,suhu dingin menyebabkan suasana pemanduan lebih selesa dan tenang.

     Bagaimanapun,siapa sangka perjalanan yang dingin itu boleh bertukar hangat apabila lampu depan kereta menjadi tidak terang sehingga pemanduan lebih berpandukan garisan putus-putus di jalan bagi mengelak terbabas.

    Masalah berkenaan menyebabkan pemanduan pada sebelah malam bertukar kabur sehingga jarak pandangan dihadapan terhad dan cukup berbahaya.

    Terdapat beberapa sebab terjadinya perkara ini sama ada berpunca daripada masalah mentol ,pendawaian atau pun punca kuasa elektrik iaitu bateri.

    Apabila cahaya lampu kenderaan kurang terang,berkemungkinan sambungan wayar pada bateri longgar menyebabkan aliran arus elektrik tidak mencecah ke mentol untuk memberi kuasa menyalakan mentol.

    Keadaan itu memerlukan pemilik kenderaan memeriksa sendiri sambungan pada bateri.Biasanya lampu akan terpadam dan menyala semula apabila hubungan kabel terputus tersambung kembali selepas berlaku getaran ketika melalui jalan berliku atau rosak.

    Sebelum melakukan perjalanan malam,pemilik kenderaan ,pemilik kenderaan perlu memastikan sistem pendawaian ,kedudukan lampu dan sambungannya berada dalam leadaan baik.

    Ada juga juga kerosakan pada penebat wayar yang akan menyebabkan berlaku litar pintas apabila wayar itu menyentuh badan kenderaan.

     Keadaan itu juga sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan berlaku kebakaran sekiranya arus elektrik menyentuh bahagian sensitif seperti getah dan kabel minyak.

    Selain itu ,kerosakan penebat juga boleh menyebabkan litar pintas sehingga mengganggu sistem elektronik kenderaan.

    Oleh itu ,pemilik dinasihatkan membaiki kabel penebat yang rosak dengan cara membalut bahagian itu menggunakan pita pelekat,tetapi jika gagal mencari kerosannya ,bawa kenderaan itu ke bengkel.

    Sementara itu ,apabila mengalami masalah seperti hanya satu daripada dua lampu kereta menyala,pemilik perlu memeriksa kedudukan kabelnya.Masalah yang timbul mungkin disebabkan lampu rosak atau kedudukan mahupun hubungan antara lampu kurang baik.atau kabel putus berlaku litar pintas.

    Bagaimanapun,jika kedua-dua lampu tidak berfungsi kemungkinan besar masalah ini disebabkan fius yang putus dan penggunaan fius simpanan membolehkan keadaan kembali kepada asal.Pemeriksaan keadaan fius adalah tidak sukar disebabkan fius terletak dalam kotak khas.

    Apabila kerosakan itu berpunca daripada fius,ini bermakna pemilik perlu menggantikannya dengan yang baru tetapi pastikan kuasanya sama dengan yang asal.Kekuatan fius boleh dilihat melalui tulisan yang dicetak pada bekasnya.Sekiranya pemilik tiada fius simpanan,mereka boleh menggunakan fius yang tidak begitu penting seperti lampu dalam atau penggelap cermin depan untuk sementara waktu.

   
        Jika keadaan terdesak ,anda boleh menggunakan semula fius rosak dengan membalutnya bersama kertas aluminium pembalut rokok atau dawai tembaga halus bagi menghubungkan kedua-dua terminal fius.Bagaimanapun ,anda dinasihatkan segera menggantikan fius yang terbakar kerana ia tidak dapat berfungsi sebagai alat keselamatan.

PUNCA KEROSAKAN LAMPU HADAPAN

1.Bateri tidak berfungsi
2.Kesalahan pemyambungan pada terminal
3.Kabel hampir putus.
4.Penebat kabel sudah rosak sehingga dawainya menyentuh badan kereta.
5.Lampu tidak terpasang dengan baik (longgar) pada kedudukannya.
6.Sambungan kabel longgar.
7.Lampu sudah rosak
8.Fius putus.
Tag : AUTOMOBIL
Back To Top