Followers

PERSEDIAAN PENTING BAGI CALON TIGA BULAN SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEBENAR SPM


Sesuatu impian dan kejayaan tidak akan datang bergolek umpama 'bulan jatuh ke riba' tanpa disertakan dengan usaha gigih untuk mencapainya.

Sehubungan dengan itu,pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),menjelang November ini perlu melengkapkan diri ,bukan setakat aspek pembelajaran akademik semata-mata,malah wajar di seimbangkan dengan persiapan mental dan fizikal.

Peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menuntut pelajar supaya melakukan persediaan lebih awal selain tidak hanya bergantung kepada pembacaan buku semata-mata.Ini sekali gus membolehkan kecemerlangan dilakar setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Kaunselor Pelajar,Instiitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas,Cheras Encik Nornazli Ayop,berkata apa yang lebih utama pelajar perlu menetapkan matlamat dalam setiap perkara yang ingin dicapai .

Beliau berkata,sikap optimis itu penting sebagai suntikan semangat terutama terutama bagi membantu mereka untuk belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan.

"Pelajar perlu membuat banyak latihan bagi setiap mata pelajaran yang mereka ambil,di samping tidak hanya menumpukan kepada soalan 'ramalan' semata-mata.

"Setiap pelajar perlu tahu soalan kertas peperiksaan lepas hanya sebagai rujukan untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri.Tujuannya untuk membiasakan pelajar dengan bentuk dan jenis soalan.

Pelajar juga disaran membuat nota ringkas secara sistematik di samping digalakkan megulangkaji pelajaran secara berkumpulan.

Langkah itu membolehkan mereka bertukar pandangan dan pendapat khususnya melibatkan topik dan subjek yang sukar.

Persiapan rapi harus dilakukan calon antara enam hingga lapan minggu sebelum peperiksaan sebenar dan elakkan belajar pada saat-saat akhir.

"Mengingat merupakan perkara penting yang mesti dilakukan calon ketika belajar berulangkali .Bagaimanapun ,terpulang kepada mereka untuk melaksanakan kemahiran ,asalkan ia dapat membantu mengingat dan diterjemahkan di dalam peperiksaan."katanya.

Beliau berkata pelajar perlu terus  optimis dan meningkatkan dan meningkatkan dorongan motivasi untuk memastikan kecemerlangan diri berada pada tahap terbaik.

"Pelajar sendiri perlu membuang perasaan malas dan fokus belajar tanpa disuruh atau dipaksa oleh sesiapa.

"sebagai contoh menjalankan aktiviti pembelajaran seperti membuat rujukan ,mencatat,memgambil bahagian dalam perbincangan dan sebagainya"katanya.

Encik Nornazli turut mengingatkan pelajar supaya mengelakkan diri daripada perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan.

"Tidak dinafikan risiko untuk berhadapan pelbagai dugaan mungkin akan terjadi ,justeru pelajar perlu sentiasa bersedia dan berdoa supaya dihindari  daripada perkara yang tidak baik.

"Selepas giat berusaha ,akhir sekali serahkan kepada Yang Maha Esa melalui doa dan tawakal mudah-mudahan segala usaha yang dicurahkan berjaya,diberkati dan dipermudahkan semuanya untuk menggapai kecemerlangan:Katanya.
0 Komentar untuk "PERSEDIAAN PENTING BAGI CALON TIGA BULAN SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEBENAR SPM"

Back To Top