Followers

SMKA WATANIAH MERIAHKAN #MALAYSIANGAJI PERINGKAT SEKOLAH MALAYSIA

 Abdul Rahim Mohammad @ Abdul Ghani
Pengetua SMKA Wataniah,Besut
 
Seramai 821 warga sekolah Menengah Kebangsaan (SMKA) Wataniah termasuk 765 pelajar,memgambil bahagian dalam program#MalaysiaNgaji yang diadakan serentak seluruh negara,semalam.

Pengetuanya,Abdul Rahim Mohamad @ Abdul Ghani berkata,mereka turut sama menjayakan program jom Ngaji peringkat sekolah yang berjalan serentak selama sejam bermula jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang di surau sekolah berkenaan.
Menurut pihaknya menyambut baik program tersebut dalam usaha menjadikan mengaji al-quran dapat membentuk akhlak mulia serta pembersihan rohani dan jasmani untuk menjadi insan soleh serta cemerlang dalam akademik.

Katanya lagi,pihaknya turut merencanakan pelbagai program kecemerlangan sekolah dalam akademik dan kokurikulum
"Alhamdulillah,sekolah ini mencapai pelbagai anugerah antaranya Anugerah Pengurusan Cemerlang sempena Hari Guru Peringkat negeri,malah kita juga muncul naib johan tilawah pada karnival Dahwah Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan bagi kategori wanita.

"Ada juga pelajar yang muncul johan dalam acara tekwando dan juga naib johan peringkat kebangsaan.








Tag : PERISTIWA
0 Komentar untuk "SMKA WATANIAH MERIAHKAN #MALAYSIANGAJI PERINGKAT SEKOLAH MALAYSIA"

Back To Top