Dalam hal anak degil ini saya ingin mengajak pembaca merenung apakah antara punca anak-anak bersikap degil dengan ibu bapa?
Antara punca anak-anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-dosa silam ibu bapa itu sendiri contohnya:
*Meninggalkan solat fardhu.
*Pernah melawan/bercakap kasar dengan ibu bapa pada zaman remaja.
*Ponteng sekolah dan merokok.
*Mencuri duit/barang/buah dari dusun orang(walaupun nilaianya hanya beberapa ringgit).
*Mengurat/mengacau anak dara orang.
*Mencuri masa bekerja dipejabat dengan melakukan kerja-kerja peribadi.
*Menipu dalam urusan jual beli.
*Mengambil harta pejabat untuk kegunaan peribadi.
*Menipu ibu bapa.memberitahu balik lewat sebab tuisyen padahal bersosial dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
*Duduk berdua-duaan,berjalan berpimpin tangan dengan kekasih hati yang bukan mahram.
*Mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram
*Suka melihat gambar/video lucah.
Ini adalah sebahagian kecil fenomena penipuan dan dosa-dosa yang mungkin pernah kita lakukan suatu ketika dahulu mahupun yang sedang berlaku.Tanpa disedari keadaan ini telah membawa kesan gegatif dalam kehidupan berumah tangga terutama dalam membesarkan anak-anak.Ada duit gaji sudah bercampur unsur syubhah yang diberi makan kepada keluarga.
Apakah yang perlu kita lakukan apabila menyedari kesilapan lampau?
1.Kembalilah bertaubat.Buat solat sunat Taubat.Minta ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang lalu.Tidak cukup buat sekali sahaja solat Taubat,buatlah sekerap mungkin jika ada masa terluang sebagai bukti kesungguhan kita mahu menjadi hamba yang benar -benar dapat pengampunan daripada Allah.
2.Bayangkan beristighfar .Kenangkan satu persatu dosa-dosa yang pernah kita lakukan,Kalau perkara berkenaan melibatkan dosa dengan manusia,usahakan memohon ampun dan perjelaskan kesalahan yang pernah kita lakukan.Memang terasa perit dan malu untuk berhadapan dengan mereka,tetapi sifat malu itu perlu kita lawan demi kebaikan anak-anak yang degil.
3.Solat tahajud pada sepertiga malam atau pada penghujung malam (boleh bangun sebelum masuk waktu subuh).Lakukan juga solat taubat ,solat hajat dan solat sunat lain.Pada keheningan malam,berdoalah dengan rendah hati minta Allah ampunkan dosa-dosa kita dan dosa ahli keluarga kita terutama dosa anak-anak yang degil.Mohon pada Allah agar menjadi orang yang amanah dalam bekerja supaya rezeki yang dibawa masuk ke dalam rumah adalah rezeki yang betul-betul berkat.Dijauhkan daripada unsur penipuan dan sebagainya.Jangan jemu merayu dan rintih dengan allah agar diberi petunjuk kepada kita dan anak-anak supaya jadi orang soleh.
4.Jaga solat lima waktu ahli keluarga,galakkan mereka mengerjakan pada awal waktu.Kepada para bapa sebaiknya tunaikan solat berjemaah dimasjid kerana keberkatan solat berjemaah memudahkan doa dimakbulan oleh Allah.Seminggu sekali solat berjemaah di rumah supaya anak-anak boleh didampingi dan dapat mendengar doa si ayah.
5.Ketika menjalani kehidupan seharian semasa bekerja ,jaga adab sopan,batas aurat dan pergaulan agar tidak terlibat kepada perkara yang membawa haram .Jaga masa kerja yang diamanahkan oleh majikan agar tidak culas dengan kerja sia-sia.
6.Anak-anak jangan disumpah seranah kalau kita tidak suka dengan ragam mereka.Setiap kali mereka buat hal,cepat beristigfar dan ingatkan kembali perbuatan perbuatan nakal yang pernah kita lakukan dulu-dulu.Mohon Allah bagi petunjuk kepada anak.
Insya-Allah kalau kita benar-benar berusaha menjaga perkara diatas ,lama kelamaan sifat degil anak itu akan berkurangan.Apa pun,amalan-amalan tersebut perlu dilakukan secara berterusan dan jangan mudah putus asa kalau anak masih degil kerana proses seseorang itu untuk berubah mengambil masa.Apa yang penting sebagai ibu dan ayah,kita perlu banyak bermuhasabah.Ajak isteri dan anak-anak sama-sama melakukan solat sunat Taubat sekiranya ada kesilapan yang dibuat.supaya dengan cara ini hati dekat dengan Allah.
CARA LEMBUTKAN HATI ANAK DEGIL
1.Beli sekampit beras (boleh juga guna beras yang telah ada di rumah) dan bacakan 70 kali surah Al Fatihah setiap hari.Buat selama tujuh hari berturut-turut.
Kampit beras yang di beli tidak perlu dibuka semasa membaca surah al-fatihah ini.Jika menggunakan beras yang sedia ada ,pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai tujuh hari al-fatihah dibacakan.Boleh juga dibacakan surah al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.
2.Selepas tujuh hari ,beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga .Sekiranya beras semakin berkurang,,maka boleh diulang kaedah ini secara berterusan.
3.Gunting sehelai rambut anak yang degil.Buat solat sunat Hajat dan berdoa minta Allah lembutkan hati anak yang degil.Selepas itu pegang (genggam) rambut anak itu dan baca 'Ya Rahim' sebanyak 1,000 kali.Ulang kaedah ini selama tujuh hari berturut turut .
Semasa anak tidur,bacakan di ubun-ubun doa di bawah ini,petikan daripada Firman Allah:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
"Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat Lagi Maha Perkasa".
Baca ayat ini sebanyak 19 kali setiap malam.Ulang kaedah ini selama tujuh hari berturut-turut.
Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.
Tag :
INFO AGAMA
0 Komentar untuk "ANAK DEGIL SALAH SIAPA?"