Followers

PENYAKIT KUSTA (HANSEN'S DISEASE)




Kusta atau Hansen's Disease ialah penyakit berjangkit yang menyerang kulit,urat saraf dan juga tulang.

Ia boleh menyerang semua kaum dan semua peringkat umur.

Apakah Menyebabkan Penyakit Kusta?

Kusta disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai "Mycobacterium Leprae".(gambar bawah)
Tanda jangkitan seperti tompok-tompok atau lesi-lesi pada kulit mungkin muncul 7 hingga 40 tahun selepas dijangkiti bakteria "Mycrobacterium Leprae".

Apakah Tanda-tanda Kusta?

1.Jenis Paucibacillary (Beban jangkitan bakteria rendah)

Terdapat beberapa (tidak melebihi 5 ) tompok kemerahan atau putih yang kurang deria rasa dan tidak berpeluh.

2.Jenis Multibacillary (Beban jangkitan bakteria yang tinggi)
Terdapat tompok-tompok putih kemerahan kelihatan lebih banyak tompok dan merebak di seluruh badan dan lama kelamaan menyebabkan kekurangan atau hilang deria rasa dan berasa kebas.
Jangkitan kulit ini lama kelamaan akan menyebabkan penebalan cuping telinga dan kulit muka serta keguguran bulu kening.
Apabila urat-urat saraf mula terlibat,pesakit akan mengalami kekurangan atau kehilangan deria rasa,rasa kebas atau lemah di anggota  tangan atau kaki yang akhirnya menyebabkan kecacatan seperti Claw hand,Foot drop dan pesakit tidak dapat menutup mata dengan rapat.

Bagaimana Kusta Didiagnosa?

Penyakit Kusta didiagnosa berdasarkan kepada:
1.Tardapat tompok-tompok pada kulit.
2.Melakukan calitan torehan kulit (Slit Skin Smear)

Torehan kecil dibuat di enam tempat iaitu di cuping telinga,lengan,peha atau dikawasan tompokkan tersebut.Calitan (smear) cecair daripada kulit diperiksa dibawah mikroskop untuk kehadiran bakteria.

Bagaimana Mencegah Komplikasi Penyakit Kusta.

Pesakit yang mengalami kehilangan deria rasa di tangan ,kaki dan mata adalah terdedah kepada kecederaan kerana mereka tidak dapat merasa kesakitan.Pemeriksaan sendiri terhadap tangan dan kaki mesti dilakukan oleh setiap pesakit dan sebarang luka mestilah dirawat segera.Kecederaan kaki dapat dicegah dengan memakai kasut yang tertutup pada setiap masa dan mesti diperiksa setiap hari bagi membuang sebarang batu,pasir atau benda-benda yang boleh menyebabkan kecederaan.

Bagaimana Mengelakkan Jangkitan Kepada Orang Lain.

Penting:Anggota keluarga dan sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang penyakit kulit agar kusta dapat dikesan lebih awal.Ini dapat mengawal penyakit ini daripada terus merebak.Rawatan awal dapat kurangkan atau mencegah komplikasi dan kecacatan.

Diagnosa awal dan rawatan yang sempurna adalah cara terbaik mengawal penularan penyakit ini.

Pesakit kusta dinasihatkan sentiasa membawa nota kecil berkaitan penyakit ini dan status rawatannya untuk ditunjukkan kepada mana-mana doktor sekiranya dia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagaiman Kusta Dirawat?

Jenis Kusta PAUCIBACILLARY
Rawatan: Rawatan Bulanan
Jenis Ubat:Rifampicin 600mg
 Rawatan: Rawatan Harian
Jenis Ubat : Dapsone 100 mg
Tempoh rawatan: 6 bulan, maksima 6 dos dalam 9 bulan
Survelan: 5 Tahun (survelan klinikal)

Jenis Kusta MULTIBACILLARY
Rawatan:Rawatan Bulanan
Jenis Ubat:Clofazimine 300 mg,Rifampicin 600
 Rawatan :Rawatan Bulanan
Jenis Ubat:Dapsone 100 mg ,Clofazimine 300 mg
Tempoh Rawatan: 1 tahun (Jika BI < 4)
                               2 tahun (Jika BI > 4)

Survelan:15 tahun .Calitan torehan kulit bagi 5 tahun pertama dan diikuti dengan survelan selama 10 tahun.





Tag : KESIHATAN
Back To Top