Followers

KENALI VIRUS DENGGI

1.Sejenis Virus yang dibawa oleh Nyamuk.
2.Tergolong dalam keluarga Flaviviridae,genus Flavivirus dan spesis Denggi (lihat rajah dibawah)
3.Terdapat 4 jenis Virus Denggi yang berkait rapat iaitu DEN-1,DEN-2,DEN-3 dan DEN-4


4.4 serotaip Virus Denggi walaupun berkait rapat tetapi setiap serotaip adalah berbeza,menjadikan tiada perlindungan bertindan.
5.Jangkitan oleh satu serotaip Virus Denggi tidak memberikan perlindungan jangka panjang kepada jangkitan serotaip Virus Denggi yang lain.
6.Berjangkit kepada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang telah dijangkiti.
7.Boleh menyebabkan Demam Denggi *(DF),Deman Denggi Berdarah**(DHF) dan Sindrom Renjatan Denggi***(DSS).
8.Risiko untuk berlakunya komplikasi DHF/DSS meningkat bagi orang yang mendapat jangkitan kedua (sekunder) dengan serotaip yang berbeza dari jangkitan sebelumnya.
9.Secara amnya ,nyamuk mendapat virus Denggi semasa menghisap darah daripada manusia yang telah dijangkiti Virus Denggi.
10.Nyamuk pembawa Virus Denggi dapat memindahkan virus tersebut sepanjang hayatnya (purata selama sebulan) kepada individu lain.
11.Tempoh inkubasi selepas gigitan nyamuk adalah selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda dan gejala.
12.Denggi tidak boleh merebak secara langsung individu ke individu yang lain.
13.Jangkitan Virus Denggi dikenalpasti dengan mengesan antigen atau antibodi khusus dalam serum pesakit 2-5 hari selepas mengalami demam.

*(DF) - Dengue Fever
**(DHF)- Dendue Haemorrhagic Fever
***(DSS)- Dengue Shock Syndrome


Tag : KESIHATAN
Back To Top