Perlukah Solat Ketika Sakit?
"Solat merupakan kewajipan yang difardukan ke atas orang-orang yang beriman mengikut waktu-waktunya yang tertentu".
(Surah An-Nisa' 4:103)
Kenapa Anda Harus SAkit?
Sakit merupakan suatu anugerah,nikmat dan mungkin juga suatu ujian sebagai kifarah untuk menyucikan dosa-dosa anda.Oleh itu ,bersyukurlah kerana nyawa anda masih ada.Anda masih dikasihi dan diberikan nikmat untuk bernafas.
Firman Allah SWT:" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman".Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".
(Surah Al-Ankabut 29:2-3)
"Tidaklah seseorang mukmin itu dilanda kecemasan,kelelahan dan kesedihan,melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya."
(Hadis riwayat Muslim)
Sebenarnya Allah SWT memang bersifat Pemurah.Kesihatan bukanlah tanda yang kepada seseorang.Tetapi orang yang disayangi oleh Allah SWT ialah orang yang sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah dan bersyukur apabila memperolehi kenikmatan.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Sakit.
Bersabar dan ingatlah ia adalah ujian Allah SWT.
Sentiasa mengingati Allah dengan berzikir.
Jangan lupa untuk bersolat selagi hayat masih ada.
Sentiasa berdoa kepada Allah SWT dan pohonlah keampunan.
Jangan mengeluh dan menyesali apa yang berlaku.
Perlukah Anda Menunaikan Solat Ketika Sakit?
Ya! Selagi anda bernyawa,selagi itulah anda wajib solat.
Solat adalah tanda hubungan hamba dengan Penciptanya .Tanpa solat,maka putuslah hubungan itu dan bertambah jauhlah rahmat Allah SWT dari anda.
Bagaimana Membersihkan Najis Ketika Sakit?
Bersihkan diri anda dari najis sekadar yang termampu.
Najis yang sukar dibersihkan seperti darah dan nanah yang terdapat pada badan dan pakaian adalah dimaafkan.
Begitu juga dengan najis yang sentiasa keluar seperti kencing,darah dan nanah ia hendaklah dibersihkan dahulu sebelum berwudhu' atau balutlah jika boleh dibalut.
Jika anda sedang solat dan tetap keluar najis tersebut,itu tetap dimaafkan.
Bagaimana Dengan Aurat Dan Kiblat Untuk Solat?
1.Aurat hendaklah ditutup sekadar yang terdaya dengan menggunakan selimut,tuala stokin dan sebagainya.
2.Hendaklah mengadap kiblat sekadar yang termampu.Jika perlu,alihkan katil ke arah kiblat (sekiranya boleh dialihkan dan mendapat bantuan dari kakitangan wad)
Jika tidak mendapat bantuan,hadaplah ke mana sahaja.
Dimana Anda Boleh Bersolat Ketika Sakit?
1.Solatlah disurau wad jika mampu.
2.Solatlah dimana-mana sahaja asalkan ianya suci dari najis.
3.Memadai jika bersolat ditepi katil jika itu yang termampu.
Bagaimana Solat Ketika Sakit?
1.Duduk 2.Baring 3.Mengiring 4.Isyarat Mata 5.Isyarat hati.
Doa Untuk Pesakit.
Baca dan amalkan doa berikut(beserta doa - doa sampingan lain)sambil letakkan tangan anda pada anggota yang sakit.Jika anda tidak boleh membaca,mintalah keluarga/kenalan anda membaca doa ini dengan meletakkan keluarga anda pada tempat yang sakit.
Doa Mohon Kerianganan dan Kemudahan
" Ya Tuhan Kami,Janganlah kau hukum kami apabila kami lupa atau tersalah.Ya tuhan kami,Janganlah kau bebankan kepada kami beban yang besar sebagaimana kau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya tuhan kami,janganlah kau pertanggungjawabkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkan kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkaulah sebaik-baik penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(Surah al-Baqarah 2:286)

Tag :
INFO AGAMA